Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pelbagai barangan sukan lain dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
Antara kebaikan berjalan selama 30 minit setiap hari ialah:
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan keupayaan sistem kardiovaskular
- Bantu kekalkan berat dengan pembakaran lemak badan melalui intensiti latihan yang secukupnya.
- Mengurangkan tekanan
- Boleh bantu meningkatkan kualiti tidur
- Tingkatkan tahap keseimbangan badan dan koordinasi
- Menguatkan tulang dan otot
- Meningkatkan kualiti hidup dengan merasakan diri lebih bertenaga dan ceria
- Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
Semoga setiap langkah kita akan lebih memberi manfaat bukan sahaja kepada jantung, malah ke seluruh tubuh badan kita!
No comments:
Post a Comment