Thursday, November 15, 2018

Berbengkel

Anak-anak tidak ke sekolah hari ini. Ada yang bercuti sempena peperiksaan SPM, ada yang bercuti kerana tidak terlibat dengan program di sekolah dan ada yang bercuti kerana masih demam.

Saya panaskan semula nasi goreng daging merah bersama tambahan rencah. Pasti anak-anak lapar nanti memandangkan saya perlu hadiri bengkel sepanjang hari.

Hujan bertambah lebat apabila saya sampai di petak parkir berhampiran pejabat. Tiba-tiba sebuah motorsikal menghalang laluan dan berhenti betul-betul dihadapan saya. Rupanya pemungut parkir, dia seolah mengisyaratkan supaya saya tidak meletak kereta di situ. 

‘Eh, kenapa pula tak boleh letak sini? Kereta lain letak elok je,’ saya tertanya sendiri. Akibat di halau, saya ubah juga ke tempat letak kereta yang dibenarkan. Tak perlu nak gaduh-gaduh di dalam hujan. Lagi pun hari ini nak berbengkel, simpan tenaga. Tak perlu nak stress tak tentu pasal. 

Bengkel kami bermula tepat jam 8.30 pagi, dengan kata-kata aluan dari Tuan Pengarah. Sebenarnya persediaan untuk adakan bengkel ini telah dimulakan sejak penghujung tahun lepas lagi. Namun, atas beberapa kekangan dan limitasi akhirnya pada hari ini baru bengkel dapat diadakan.

Tuan Pengarah berkongsi kata-kata hikmah yang di petik dari negara Jepun,

“If one can do it, I too can do it.
     If no one can do it, I MUST do it!”

Tiba-tiba rasa macam kena luku.


Heh!

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...