Monday, November 12, 2018

Perbandingan Tumit

Di salah satu sesi perkongsian ilmu yang saya hadiri, dibentangkan satu kajian berkaitan rangka kaki manusia berusia dua ribu tahun dibandingkan dengan 180 kaki manusia dewasa.

Hasil kajian mendapati bahawa rangka kaki lebih cantik bentuknya dan dikatakan lebih sihat dari kaki orang dewasa kini.

Puncanya mungkin gaya hidup ketika itu yang banyak berjalan dan perlu memijak pelbagai bentuk permukaan. Ini secara tidak langsung melatih dan menguatkan tapak kaki serta otot-otot kecil yang menyokong setiap pergerakan.

Pergerakan kita yang tidak pelbagai seperti hanya berjalan pada satu arah sahaja dan pada permukaan yang stabil serta ditambah dengan lapik selesa pada kasut amat memanjakan kaki. Akibatnya mudah sakit dan cedera terutama pada tumit, lutut serta boleh merebak pada bahagian belakang badan.

Akhir pembentangan, disarankan untuk kita semua kerap berjalan dipermukaan yang pelbagai untuk menguatkan otot-otot kecil di pergelangan kaki agar mampu menyokong beban badan dan pergerakan yang dilakukan. Selain itu, sekali sekala digalakkan untuk berkaki ayam atas faktor yang sama.


Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Agaknya laluan yang biasa ada batu-batu pelbagai saiz tu inilah tujuannya ya? Yang selalu orang kata laluan refleksologi tu.

    ReplyDelete
  2. Itu lebih untuk reflexologi, tapi boleh juga. Untuk latih tapak dan pergelangan kaki cuba jalan atas pembahagi di tepi jalan yang warna hitam dan putih. Santai-santai jalan sepanjangnya tapi jangan jatuh. Boleh bantu tingkatkan tahap keseimbangan juga.

    ReplyDelete

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...