Monday, November 12, 2018

Teliti Label Makanan

Saya sering ditanya berkaitan jenis atau jenama pemakanan tambahan terbaik untuk di beli. Reaksi saya biasanya sekadar senyum panjang sebelum memberikan sebarang jawapan.

Sejujurnya, iklan dan papan tanda sepanjang lebuhraya majoritinya menimbulkan persoalan pada saya. 

Kita nak sihat, maka kita bertanggungjawab penuh atas apa yang kita makan/minum atau masukkan dalam badan kita.

Sebolehnya, jangan sekadar tertarik pada pakej iklan sahaja walau menjanjikan seribu satu kebaikan.

Sebelum membeli mana-mana produk, teliti dahulu kebaikannya secara menyeluruh. Adakah kita benar-benar perlu membelinya?

Pastikan kualiti produk terjamin. Maklumat berkaitan senarai kandungan, tarikh luput, butiran pengilang dan pengeluar tertera dengan jelas pada label.

Paling penting, produk perlu dapat pengesahan selamat untuk digunakan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan ambil mudah kesejahteraan diri sendiri, apatah lagi untuk tempoh jangka panjang.

Kesimpulannya, pada saya tiada produk yang terbaik. Belilah jenama apa sahaja di pasaran mengikut kemampuan kewangan dan keperluan penggunaan masing-masing. 

Setiap kita adalah unik, kita sendiri tahu apa yang badan kita perlukan. Cari maklumat secukupnya. Rujuk dan bertanya pada yang benar-benar pakar dalam bidang ini.


Badan kita, tanggungjawab kita menjaganya sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...