Tuesday, November 13, 2018

Seringgit

Barang-barang yang mahu dibayar, saya letakkan di kaunter. Dihadapan saya ada seorang wanita bukan warganegara sedang mengira duit dari beg kecilnya. Barangan beliau telah dimasukkan dalam plastik, sedia untuk di bawa pulang.

Bertembung mata dengan Cik Juruwang yang sejak tadi berwajah kelat, saya larikan mata memerhati barisan yang mula memanjang dibelakang saya. 

Terdengar suara percakapan, saya alihkan semula perhatian kepada Puan Pembeli yang sedang hulurkan duit kepada Cik Juruwang. Semasa Cik Juruwang mengira dan menyusun pada mesin, barulah saya terlihat skrin dan saya faham sekarang.

Puan Pembeli menggunakan not RM1.00 untuk pembayaran yang berjumlah RM52.90. Wang dikira dan diserahkan dalam jumlah RM10.00 setiap kali; memakan masa dan menyebabkan barisan yang menunggu bertambah panjang. Beg kecil yang di pegang tadi adalah beg syiling. 

Rupanya ada beg bersaiz sampul surat panjang yang diletakkan di kaunter, terselit antara barangan dibelinya. RM1.00 tersusun cantik didalamnya. Agaknya itulah bekas simpanan duit untuk berbelanja. 

Mata kami bertembung semasa beliau mahu mengambil plastik barangan yang di beli. Saya memberikan senyuman dan beliau nampak seperti serba salah sambil mengintai barisan yang panjang di belakang saya. Tiada senyuman balas darinya, lalu terus bergegas keluar.


Apa rasa?

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...