Saturday, November 17, 2018

Amalkan Ulaman

Amalan pemakanan amat dikaitkan dengan  kualiti tahap kesihatan seseorang. Atuk dan nenek kita di kampung suatu ketika dahulu hanya bergantung pada sumber makanan berbentuk semulajadi, yang ada dipersekitaran sahaja. 

Pelbagai jenis ulaman pastinya menjadi menu wajib kerana mudah didapati dan mudah pula untuk dinikmati. Boleh makan begitu sahaja, dicelur, rebus untuk dimakan bersama nasi panas cicah sambal belacan atau boleh juga dibuat minuman. Pelbagai jenis kebaikan kepada tubuh badan kita, antaranya:

  1. Pegaga: kaya dengan protein, serat, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Boleh merawat selulit, rangsang peredaran darah dan anti penuaan. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan daya ingatan serta mengurangkan paras glukosa dalam darah.
  2. Pucuk Gajus: dikatakan boleh bantu elak kanser, bantu proses penghadaman dan sesuai untuk pengidap darah tinggi. Ia juga boleh lambatkan proses penuaan dan awet muda. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kencing manis.
  3. Ulam Raja: kajian saintifik membuktikan bahawa ia mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium dan vitamin A. Ulam raja mampu tambah kandungan oksigen dalam darah dan melancarkan peredaran darah. Ini secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan. 
  4. Ceylon/ Selom: banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi serta potasium. Sesuai diamalkan pemakanannya oleh pengidap insomnia, individu sering sakit kepala atau ada masalah dengan organ dalaman seperti hati.
  5. Kacang Botol: mampu melambatkan proses penuaan dan bantu masalah penglihatan. Selain itu, ia juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan kandungan kolestrol. Ia juga mengandungi vitamin A, B dan C serta kalsium dan juga fosforus untuk bantu pembentukan tulang yang kuat.

Hanya lima jenis ulam yang saya senaraikan. Banyak khasiat yang terkandung terutama untuk bantu badan jadi lebih sihat dan cergas. Memang tidak hairan kenapa orang dulu-dulu sentiasa bertenaga dan jarang hidapi penyakit kronik.


Semoga kita pun sebegitu juga nanti.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...