Kelam kabut menuju ke ruangan solat. Rupanya solat berjemaah telah dimulakan.
Detik hati sambil percepatkan langkah, ‘Alamak, dah berapa rakaat agaknya ni?’
Suara Imam berkumandang penuhi ruangan. Alunan bacaannya menjadi halwa telinga. Sambil mengambil tempat di saf, sempat mencuri pandang ke arah Imam.
‘Imam mana ni? Tak kan pakai uniform? Macam tak pernah nampak je’. Soalan sepintas lalu sebelum solat dimulakan.
Selesai berjemaah, dimaklumkan bahawa Imam merupakan salah seorang Pengawal Keselamatan. Pernah bersekolah tahfiz dan kini ditugaskan di sini.
‘Ooo, padan la pakai uniform. Patut pun bagus bacaan dan sebutan. Semoga semua urusan Tuan Imam ini dipermudahkanNya’.
Friday, November 16, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manfaat Berjalan
Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...
-
Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...
-
BERJIRANKAN MALAIKAT ‘ALHAMDULILLAH…’ Itu yang terdetik di ruang hati sebaik pintu rumah di buka, seolah simbolik bahawa perjalanan kami...
-
Berikut adalah anggaran tempoh masa yang diperlukan untuk proses pencernaan/ penghadaman makanan: Sayur-sayuran antara 30-40 minit ...
No comments:
Post a Comment