Saturday, November 10, 2018

Bob

Ketika itu saya baru berkerja di sini, belasan tahun yang lalu. Saya namakannya di sini sebagai Bob, merupakan konsultan yang di bawa khas untuk membantu kami berkaitan program penyediaan atlet.

Pertama kali diperkenalkan, saya sekadar memerhati. Orangnya kurus tinggi, melebihi ketinggian rakyat Malaysia. Al-maklum berasal dari negara barat, saiznya tidak begitu menghairankan. 

Bob telah berusia, mungkin ketika itu dalam lingkungan 70-an. Bob seorang pencinta alam. Dia sering bangun seawal jam 3.30 pagi semata-mata untuk memandu keluar kota dan mencari tempat tumpuan burung. Katanya, Malaysia bertuah kerana menjadi laluan dan persinggahan pelbagai jenis burung. Malah, ada spesis istimewa yang tidak ada di negara lain.

Bob pernah terlibat dengan perancangan persediaan atlet dari peringkat dasar sehingga ke peringkat latihan prestasi tinggi. Ramai atletnya beraksi di Olimpik dan berjaya mendapat pingat. Dan dia juga merupakan seorang professor di tempatnya.

Mungkin atas faktor usia, langkah Bob agak lambat tetapi masih tegap. Setiap hari selama sejam bermula 1.00 tengahari, Bob akan berada di gimnasium. Aktiviti yang dilakukannya sama sahaja. Berjalan di atas treadmill (landai dan berbukit), beberapa senaman untuk perut, bahu, belakang badan dan beberapa senaman imbangan menggunakan bola besar. Sesi latihannya diakhiri dengan aktiviti regangan. Ini rutin lengkapnya setiap hari selama bertahun-tahun.

Jika diajak makan tengah hari, jawapannnya,
“Go a head, I’am fine. This old man need to exercise just to ensure I am still able to move next day,” dan dia akan ketawa riang.

Jika di tanya apa yang dimakan untuk tengahari, jawapannya,
“An apple or any fruits will be ok. Old man do not need to eat much,” dan dia akan tersenyum sambil menepuk perlahan perutnya.


Pesan Bob, “Young lady, make sure you keep on moving physically, do what ever you want or like; if you still want to keep moving or doing it on your own, when you reach my age. And, eat only what your body need. Not what you want to eat”.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...