Monday, November 19, 2018

Gaya Hidup Sihat PM

Sebagai seorang yang berusia lebih 90 tahun, kemampuan fizikal Perdana Menteri kita ketika ini memang menimbulkan kekaguman.

Sebaik memenangi piliharaya lalu, pihak media telah mencungkil rahsia atau petua yang diamalkannya. Ini antara gaya hidup sihat yang dikongsi bersama pihak media:

  1. Berehat sekadar diperlukan sahaja, terutama dikalangan warga emas. Memang seronok untuk berehat tanpa lakukan apa-apa tetapi otot yang tidak digunakan akan menjadi lemah. Ini lama kelamaan akan mengganggu fungsi pergerakan fizikal seharian, walaupun hanya untuk berdiri dan berjalan.
  2. Bukan sekadar aktif secara fizikal. Otak juga perlu diaktifkan melalui pembacaan, penulisan dan penyelesaian masalah. Jika tidak, nyanyuk mungkin berlaku.
  3. Jaga pemakanan. Berhenti makan jika makanan itu sedap. Sebaiknya amalkan pemakanan sihat.
  4. Pengambilan makanan tambahan mengikut saranan doktor.

Selain itu, memang diketahui umum bahawa beliau terlibat secara aktif dalam sukan berkuda. Beliau turut mensyorkan bahawa sukan ini sesuai untuk disertai oleh semua golongan masyarakat.


Semoga rakyat Malaysia terus mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan aktif sepertimana yang diamalkan oleh Perdana Menteri kita ini.

No comments:

Post a Comment

Manfaat Berjalan

Memang diketahui umum bahawa berjalan kaki merupakan aktiviti fizikal yang agak mudah untuk dilakukan. Murah tanpa memerlukan pembelian pel...